Monday, April 23, 2018

Kepentingan pentaksiran

i. Mengesan keberkesanan pengajaran 

ii. Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid 

iii. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur 

iv. Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan 

v. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid 

vi. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid 

vii. Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa 

viii. Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan

Pentaksiran di Pendidikan awal kanak-kanak

APAKAH CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH? 

Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid.

Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut:

i. Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak

ii. Lebih mementingkan proses bukan produk

iii. Dijalankan tidak secara langsung (not direct testing)

iv. Dijalankan dalam suasana semula jadi (naturalistic)

v. Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal)

vi. Dijalankan dalam keadaan yang tenang

vii. Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid

viii. Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai

ix. Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran

x. Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif)

xi. Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan

xii. Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid

xiii. Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid (autentik)

xiv. Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid

xv. Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Kemahiran Berfikir




Apakah kemahiran  berfikir secara kreatif?
Menurut Presseinsen (1985), pemikiran kreatif ialah pemikiran yang menghasilkan ciptaan baru dan idea atau pemikiran yang membina.
Kecekapan menggunakan minda untuk:
Ømenjana dan menghasilkan idea.
Ømencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Ømenerokai dan mencari makna , pemahaman  dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

      1.mencipta analogi
2.menjana dan menghasilkan idea baru
3.mencipta metafora
Contoh lain :
Membuat Hipotesis
Mensintesis
Menghubungkaitkan
Mereka Cipta

Kepentingan dan peranan matematik


Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.

Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja.

Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik

Memberi peluang mengembangkan   kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.


Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.

Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir.

Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.

Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan,
mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.

Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea didunia yang abstrak.

Lagu bangun pagi (edited untuk matematik awal)


Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka, pakai baju,
Makan roti, minum susu,
Pergi sekolah, senang hati.

Balik sekolah, tengah hari,
Perut lapar, makan nasi,
Main bola, waktu petang,
Balik rumah, mandi solat.

 Waktu malam, ulangkaji,
Baca buku, bagi pandai,
Baca doa sebelum tidur,
Pejam mata tidur lena.

Teknik soal jawab


uKaedah yang wajib digunakan oleh setiap guru dalam pdpc.
uDigunakan untuk mengetahui tahap dan kemampuan pelajar.
uDigunakan untuk mencungkil bakat dan kemampuan murid.
uMelalui kaedah ini,
uKita dapat mengenali dan mendampingi pelajar dengan sebaiknya.
uDigunakan untuk menilai hasil pembelajaran aras yang dicapai.
uKerana itu, guru perlulah menguasai kaedah dan juga teknik bersoal jawab. Kemahiran ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, malah untuk mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki, maka ia hendaklah dirancang dengan sebaik-baiknya
Cara menyoal
uPembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.
uFokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.
uSebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'.
uMelakukan hentian di temnpat yang sepatutnya.
uMelayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa didiskriminasi/ pilih kasih.
uMemberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang tidak dapat menjawab.
uMencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.
uJangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka gagal menjawab soalan.

Tenik penyelesaian masa


uDefinisi
uProses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat andaian, mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silannya, Torrence (1973)
uCelik akal di kalangan manusia seringkali melibatkan penyusunan atau memasangkan maklumat-maklumat terdahulu menjadi tersusun dalam satu cara yang bermakna (Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2003).
uKaedah dan proses yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. (diperoleh daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online)

Teknik tunjuk cara


uDefinisi:
uTunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
upertunjukan dan penerangan tentang cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau cara-cara melakukan sesuatu (Kamus dewan edisi ke-4).
uKaedah tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. (Tengku Sarina Aini Tengki Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd.)