Monday, April 23, 2018

Contoh RPS Matematik Awal


RANCANGAN PENGAJARAN SLOT / AKTIVITI PRASEKOLAH

Kelas                                      :           Prasekolah SK Kuala Pari
Tarikh                                     :           22 Januari 2018 (Isnin)
Masa                                       :           12.30 tengah hari – 1.30 tengah hari(30 minit)
Bilangan Murid                     :           25 orang
Tajuk / Tema                          :           Rutin Harianku
Tunjang Utama                     :           Tunjang Sains dan Teknologi (Matematik Awal)
Kesepaduan Tunjang           :           Tunjang Komunikasi (Bahasa Melayu)
                                                            Tunjang Kreativiti dan Estetika
Standard Kandungan           :           MA 5.1 Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian
                                                            BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan
                                                            KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik

Standard Pembelajaran       :           MA 5.1.2 Menyusun peristiwa mengikut urutan masa
                                                            BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup
                                                            KE 1.3.1 Melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu


Objektif Pembelajaran          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
                                                1) Menampal gambar dan perkataan aktiviti harian mengikut waktu yang betul seperti waktu pagi, tengah hari, petang
                                                    dan malam.
                                                2) Membaca perkataan aktiviti harian yang telah dipadankan dengan gambar yang betul.
                                                3) Membuat pergerakan aktiviti harian yang disebut berdasarkan lirik lagu yang dinyanyikan.

Pengetahuan Sedia Ada                              : Murid sudah mengenal nombor dan mengetahui perbezaan siang dan malam.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)   : Menjana idea, Menganalisis, Mengaplikasi, menaakul, Membuat penilaian, membuat refleksi
Penerapan Nilai (PN)                                    : Kerjasama, Mendengar arahan, Tekun, Bekerjasama, bertolak ansur, menunggu giliran, Berani mencuba
Bahan Bantu Mengajar (BBM)                    : LCD, komputer riba, slide lirik lagu ‘Bangun Pagi’, Kad perkataan (pagi, tengah hari, petang, malam),                                                                              jam pinggan kertas, gambar aktiviti harian, kad perkataan, slide lirik lagu “Rutin Harian”
Fokus Kecerdasan Pelbagai (FKP)             : Muzik, Kinestatik, Verbal linguistik, Visual ruang, logikal matematik, Intrapersonal, interpersonal
Kosa Kata                                                      : pagi, tengah hari, petang, malam, rutin harian
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)           : Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Nilai murni, Bahasa, Keusahawanan




Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set induksi
(2 minit)
Fasa Persediaan

Lagu ‘Bangun Pagi’

Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka, pakai baju,
Makan roti, minum susu,
Pergi sekolah, senang hati
1.      Guru menayangkan lirik lagu ‘Bangun Pagi’.
2.      Murid menyanyikan lagu ‘Bangun Pagi’ bersama-sama guru.
3.      Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan dengan bimbingan guru.
BBM : LCD, komputer riba, slide lirik lagu ‘Bangun Pagi’
PN : Kerjasama
FKP : Muzik, Kinestatik
EMK : Kreativiti dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Langkah 1
(5 minit )
Fasa Imaginasi
Gaya kreatif
1)     Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti harian yang mereka lakukan pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam.
2)     Murid menunjukkan gaya berdasarkan aktiviti harian mengikuti arahan guru.
BBM : Kad perkataan (pagi, tengah hari, petang, malam)
KBAT : Menjana idea
FKP :  Verbal linguistik
PN : Mendengar arahan
EMK : Nilai murni, Bahasa
Langkah 2
(5 minit)
Fasa Perkembangan
Jam Rutin Harian

   
1.      Guru menunjukkan model jam yang telah dilekatkan dengan gambar-gambar aktiviti harian.
2.      Guru meminta wakil murid untuk melekatkan kad perkataan yang menunjukkan kepada gambar aktiviti harian yang betul.
3.      Selepas perkataan ditampal, murid-murid perlu mengeja dan menyebut perkataan tersebut secara  bersama-sama.
BBM : Jam pinggan kertas, gambar aktiviti harian, kad perkataan
KBAT : Menganalisis
PN : Tekun
FKP : Logikal matematik
EMK : Keusahawanan
Langkah 3
(7 minit)
Fasa Tindakan

Menghasilkan jam rutin harian




1.    Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2.    Guru memberi arahan yang jelas kepada setiap kumpulan untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang secara berkumpulan.
3.    Setiap kumpulan akan diberikan pinggan kertas dan gambar aktiviti harian
4.    Murid perlu menampal gambar nombor di atas pinggan kertas.
5.    Kemudian, murid perlu menampal gambar aktiviti harian pada waktu yang betul.
6.    Kemudian, murid perlu menampal perkataan yang diberikan oleh guru menunjukkan perbuatan aktiviti harian yang betul.

BBM : Pinggan kertas, gambar aktiviti harian, kad perkataan
KBAT : Mengaplikasi, menaakul
FKP : Visual ruang, logikal matematik
PN : Bekerjasama, bertolak ansur, menunggu giliran, mendengar arahan
EMK : Kreativiti dan inovasi, nilai murni
Langkah 4
(8 minit)
Soa jawab
1.    Setiap kumpulan akan menghantar hasil kerja masing-masing.
2.    Murid akan menyemak jawapan bersama guru.
3.    Guru menerangkan jawapan yang betul dengan murid.
KBAT : Membuat penilaian, membuat refleksi
FKP : Intrapersonal, interpersonal, verbal linguistik
PN : Berani mencuba
Penutup
(3 minit)
Nyanyian lagu “Rutin Harian” mengikut rentak lagu “Bangun Pagi”
Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka, pakai baju,
Makan roti, minum susu,
Pergi sekolah, senang hati.

Balik sekolah, tengah hari,
Perut lapar, makan nasi,
Main bola, waktu petang,
Balik rumah, mandi solat.

Waktu malam, ulangkaji,
Baca buku, bagi pandai,
Baca doa sebelum tidur,
Pejam mata tidur lena.
1.    Guru meminta murid berdiri untuk menyanyikan lagu “Rutin Harian” mengikut rentak lagu “Bangun Pagi”
2.    Murid menyanyi mengikut lirik lagu yang ditayangkan dengan membuat pergerakan yang sesuai berdasarkan aktiviti harian yang dinyanyikan.
BBM :  LCD, komputer riba, slide lirik lagu “Rutin Harian”
KBAT : Mengaplikasi
FKP : muzik, verbal linguistik, kinestatik
PN : Kerjasama
EMK : Bahasa, Kreativiti dan inovasi

No comments:

Post a Comment