Monday, April 23, 2018

Kepentingan pusat manipulatif untuk pendidikan awal kanak-kanak



Contoh pusat manipulatif 3D yang dihasilkan oleh guru pelatih.

Kepentingan pusat manipulatif

1. Koordinasi motor halus dan motor kasar lemah
                        Pusat manipulatif melatih kanak-kanak menggunakan pelbagai peralatan yang memerlukan penggunaan motor kasar dan motor halus. Hal ini meningkatkan perkembangan fizikal sekiranya kanak-kanak bermain di pusat manipulatif berbanding tiada pendedahan.

2. Kurang fokus dan ketekunan dalam pembelajaran
                        Kanak-kanak yang bermain di pusat manipulatif, menunjukkan ketekunan yang penuh dan fokus yang tinggi. Hal ini menunjukkan tanpa pusat ini, kanak-kanak kurang melakukan aktiviti serbagini. Kemungkinan besar untuk kanak-kanak menemui ketekunan ini dalam aktiviti lain juga ada, tetapi di pusat manipulatif ini ketekunan mereka lebih berfokus.

3. Kurang diterapkan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah
                        Kanak-kanak yang bermain di pusat manipulatif dapat memaksimumkan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Hal ini kerana, di pusat manipulatif kanak-kanak dapat bermain pelbagai alat atau permainan yang melibatkan penyelesaian masalah seperti melengkapkan puzzle. Sekiranya kanak-kanak tidak didedahkan dengan pusat manipulatif, kemahiran berfikir mereka tidak dapat dimaksimumkan sepenuhnya kerana tiada bahan yang dapat merangsang kemahiran tersebut.

 4. Menghakis imaginasi dan kreativiti
                        Pusat pembelajaran yang tiada pusat manipulatif akan menghakis imaginasi dan kreativiti kanak-kanak kerana terlalu tertumpu pada pengajaran dan pembelajaran formal. Selain itu, kanak-kanak tidak dapat mengisi masa mereka dengan bermain dan meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka.

5. Kurang kerjasama dalam kumpulan

Kanak-kanak yang bermain di pusat manipulatif akan didedahkan dengan sikap kerjasama dalam kumpulan semasa bermain bersama rakan-rakan. Manakala, kanak-kanak yang tidak bermain di pusat manipulatif tidak akan selalu didedahkan dengan nilai kerjasama dalam kumpulan kerana mereka lebih didedahkan untuk membuat semuanya sendiri dan bersikap keindividuan.

No comments:

Post a Comment