Monday, April 23, 2018

Prinsip-prinsip  Pembelajaran Matematik.

§Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah perlu diberi penekanan  supaya murid dapat menyelesaikan 
pelbagai masalah secara berkesan.
§Contohnya, kanak-kanak menyatakan hasil tambah dua himpunan objek.

§Penaakulan
§Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama.
Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
§(i)    Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian dan kesimpulan.
§(ii)   Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
§Penting supaya kanak-kanak dapat memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan matematik lebih bermakna.
§Dapat mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan kapasiti pemikiran kritis
§Penaakulan boleh dilakukan secara induktif melalui aktiviti matematik yang melibatkan pengenalpastian pola dan membuat kesimpulan berdasarkan pola tersebut.
Komunikasi
§Komunikasi dalam matematik boleh berbentuk lisan,penulisan atau menggunakan simbol atau perwakilan visual ( graf, carta dll)
§Membantu murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif
§Contohnya, ali membeli 6 keping pizza danmemakan” 2 pizza
§Murid akan menggunakan kaedah menolak dalam soalan tersebut.
§Berkomunikasi sesama sendiri atau rakan sebaya,ibu bapa serta guru dapat 
membantu murid menggambarkan, menjelaskan dan memperkukuhkan idea 
matematik kanak-kanak
§Contohnya, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan semasa simulasi jual beli
Perwakilan

Perwakilan ialah perkaitan antara dunia sebenar dan dunia matematik
§Menggunakan pelbagai jenis perwakilan dapat membantu kanak-kanak untuk memahami konsep 
yang diajar dengan lebih baik
§Contohnya, guru mengajar kanak-kanak dengan menunjukkan jari
§§Adanya prinsip perwakilan, matematik menjadi lebih mudah untuk dipelajari oleh kanak-kanak

Perkaitan
§Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan antara idea matematik.
§Mengaitkan idea matematik dengan kehidupan harian dan bidang lain.
§Contohnya, waktu bermain ialah pada pukul 5 petang

No comments:

Post a Comment